Pasta goreng yang sangat mudah disediakan, sedap dan jadi kesukaan ramai. Harus dicuba oleh mereka yang sukakan Pasta Goreng yang pedas. Danish share disini untuk dicuba oleh sesiapa yang belum pernah cuba.
Resepi Pasta Goreng Spicy Chili Tuna
Bahannya:
1 pack (500 grams) Pasta Spaghetti. Danish suka guna Spaghettini atau Linguine
3 ulas bawang putih, dicincang
1 mangkuk baby tomato dibelah dua atau 4 biji tomato biasa saiz besar, dipotong dadu (lagi banyak lagi sedap!)
1 tin Spicy Chili Tuna, Danish guna Ayam brand
1 mangkuk seafood atau isi ayam yang dipotong dadu
1 tin hirisan Mushroom
Sedikit air rebusan pasta
Olive oil atau minyak masak biasa
Sedikit Daun Parsley yang di hiris untuk hiasan
Caranya:
1. Pasta direbus dalam air mendidih yang diletak sedikit garam. Panaskan kuali dengan api sederhana dan tuang olive oil/minyak masak secukupnya dan tumis bawang putih cincang sehingga agak kekuningan tapi jangan sampai hangus.
2. Masukkan tomato dan dikacau. Perlahankan api dan biarkan tomato tersebut menjadi agak hancur. Setelah itu masukkan ayam atau seafood yang digunakan, masukkan sedikit air rebusan pasta dikacau kemudian masukkan hirisan cendawan dan kemudian masukkan chili tuna dan dikacau rata.
3. Perisakan dengan garam. Akhir sekali masukkan pasta tadi dan kacau sehingga rata. Tutup api, tabur hirisan daun parsley taddaaa… dah sedia untuk dihidangkan (Nota: Penting tomato kena lebih. Nak lagi pedas ketuk 4-5 biji cili api masukkan sekali dalam kuali bersama Tuna).
Resipi Oleh: Danish Harraz