Kek

Resepi Oreo Basque Burnt Cheesecake

resepi-oreo-basque-burnt-cheesecake

Resepi Oreo Basque Burnt Cheesecake

Bahan-Bahan:

  • 250gm cream cheese Tatura
  • 10gm tepung gandum
  • 85gm gula kastor
  • 2 biji telur A atau B
  • 125ml whipping cream
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 keping oreo – dipatah kecil

Cara-caranya:

1. Sediakan loyang 6 inci, sapu sedikit mentega & lapik baking paper melebihi loyang. Satukan cream cheese dan gula pukul hingga creamy.

2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila pukul sebati. Masukkan tepung pukul sebati. Masukkan whipping cream pukul sebati.

3. Tuang separuh adunan ke dalam loyang, tabur oreo kemudian tuang lagi perlahan-lahan separuh adunan lagi hingga adunan merata menutupi oreo.

4. Pastikan oven sudah dipanaskan terlebih dahulu, saya guna oven MiLUX set simbol utk bakar kek, suhu 200 api atas & bawah bakar hingga masak.

5. Set lagi sekali masa 10 minit api atas sahaja masa masih sama biarkan permukaan kek terbakar coklat gelap. Jangan legam sangat pastikan oreo tak hangit rentung.

6. Keluarkan dari oven biarkan sejuk sekejap 15 minit, kemudian boleh disimpan dalam peti ais dahulu sebelum dipotong. Sedap dimakan sejuk.

Nota: OREO tu optional, boleh bancuh adunan macam biasa tak perlu letak oreo pun boleh, bakar rentung macam biasa.

Resepi Oreo Basque Burnt Cheesecake

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish