Nasi, Sarapan

Resepi Nasi Lemak Tumis Dengan Ayam Berempah

resepi-nasi-lemak-tumis-dengan-ayam-berempah

Resepi Nasi Lemak Tumis Dengan Ayam Berempah

Nasi Lemak Tumis

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan beras (bersihkan dan toskan)
  • Santan secukupnya
  • Sedikit garam
  • 2 ulas bwg merah (hiris)
  • 1 helai daun pandan (simpul)
  • Halia (ketuk)
  • Sedikit mintak untuk menumis

Cara Masak:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, halia dan daun pandan. Masukkan beras dan santan, sukatan santan sama macam nak tanak nasi, kalau pakai santan kotak, tambahkn air ikut sukatan macam tanak nasi ye.. Selepas itu masukkan sedikit garam, gaul rata dan tanak macam biasa.

Resepi Nasi Lemak Tumis Dengan Ayam Berempah

Rasepi Ayam Berempah Simple

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam yang telah dipotong (Basuh dan toskan)
  • 3 Batang serai (Potong dalam 1 inci dan tumbuk kasar sampai urat dia terlerai)
  • 5 Ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk lumat)
  • 1 inci halia (tumbuk lumat)
  • 2 tangkai daun kari (leraikan daun)
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Sedikit garam dan perasa
  • Minyak untuk mengoreng

+ Bahan yang ditumbuk boleh jugak nak belender tapi saya tumbuk je.

Cara Masak:

1. Caranye gaul rata semua bahan dengan ayam dan perap paling kurang 3 jam, lagi lama lagi sedap. Lepas tu bolehlah digoreng.

2. Goreng dalam minyak yang banyak ye, goreng biar ayam tu tenggelam dalam minyak dengan api yang sederhana.

3. Kalau nak buat banyak gandakan bahan-bahan ye, resepi tu untuk 1/2 ekor ayam.

Siap resepi nasi lemak tumis dengan lauk ayam goreng berempah simple untuk sarapan hari ni. Jangan lupa masak sambal untuk nasi lemak sekali. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Lemak Tumis Dengan Ayam Berempah

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman