
Resepi Kuih Cara Berlauk Cheese
Bahan-Bahan:
Bahan Kuih –
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu marjerin, tak nak letak pun boleh
1 1/2 cawan santan sederhana cair
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur
Bahan Inti –
1 cawan daging kisar/isi ayam
1 biji bawang besar – Potong dadu kecil-kecil
3 biji bawang putih – Hiris nipis
1 sudu besar cili kisar
3 sudu serbuk kari daging
1/2 cawan air
Sedikit garam & serbuk perasa
Bahan Hiasan –
Daun sup/daun bawang
Cili besar merah
2-3 keping cheese slice – gunting kecil-kecil
Cara Membuat:
1. Blender semua bahan kuih sampai rata dan sebati. Tuang dalam jag kecil. Ketepikan sebentar.
1. Buatkan inti. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kari daging. Masak hingga naik minyak.
3. Masukkan daging kisar/isi ayam. Kemudian masukkan air, perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Kacau hingga masak atau kering. Ketepikan.
4. Panaskan acuan kuih cara. Guna api yang perlahan. Sapu sedikit minyak, kemudian tuang adunan 3/4 acuan. Biarkan sekejap.
5. Baru masukkan inti, daun sup/daun bawang, cili merah dan akhir sekali letak cheese.
6. Tutup acuan guna penutup periuk hingga kuih cara masak (cheese dah cair kira dah masak). Angkat dan boleh dihidangkan.
Resepi Oleh: Zura Zul – MAHN