Kuih Muih

Resepi Kuih Bakul

resepi-kuih-bakul

Resepi Kuih Bakul

Bahan-Bahan:

500 gm tepung pulut (sebungkus)
190 gm gula pasir
400 gm gula merah
500 ml air
Santan 200 ml
Beberapa helai daun pisang

Cara Membuat:

1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.

2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.

3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.

5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahaguan atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).

6. Didihkan air dan kecilkan api. Tuangkan adunan ke dalam tin. Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.

7. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.

Cuba Resepi Ni:  Kuih ala Vietnam Bebola Ubi Keledek

Resepi Oleh: Hidjrah Ali – MAHN