
Resepi Kek Mentega Cheese Kukus
Bahan-Bahan:
2 sudu besar mentega
4 biji telur gred C (atau 3 biji jika guna gred A)
3 sudu besar keju krim atau keju sapuan (spreadable cheese)
3 sudu besar minuman yogurt perisa oren atau lemon
4 sudu besar (paling tawar) ~ secawan (paling manis) gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
Cara Membuat:
1. Nyahbekukan mentega sampai jadi lembut dan boleh dipukul.
2. Pukul mentega, telur, keju, minuman yogurt dan gula sampai gula betul-betul larut dan bancuhan jadi kembang.
3. Masukkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan gaul hingga betul-betul rata. Tuangkan adunan ke dalam bekas acuan kek.
4. Cucuk-cucuk dengan garpu untuk elakkan udara terkumpul di sesetengah tempat. Biarkan adunan sementara mendidihkan air dalam pengukus.
5. Sesudah air kukusan mendidih, stimkan adunan kek pada suhu tinggi selama 15-20 minit.
6. Kek akan cukup naik, dan perlahankan api ke tahap minimum. Kukuskan lagi selama 35 minit.
7. Keluarkan kek dari pengukus, dan biarkan sejuk selama 20 ~ 30 minit, baru boleh keluarkan dan potong. Hidangkan.