Nasi

Resepi Dapur Istana, Nasi Telur Terengganu

resepi-dapur-istana-nasi-telur-terengganu

Resepi Dapur Istana, Nasi Telur Terengganu

Sempena Hari Jadi Agung, jom masak Nasi Telur, resipi turun-temurun Terengganu. Chef Wan kata resipi asal dari dapur Istana Raja Terengganu dari zaman silam. Agak leceh nak buat tapi berbaloi bila makan.

Bahan-Bahan:

  • Beras Basmati 5 pot (10-12 orang makan)
  • Garam
  • Pewarna kuning telur

Untuk Lapisan Telur –

  • 10 biji Telur Ayam
  • Kicap pekat manis 1 sudu kecil
  • Garam

Untuk Lapisan Daging –

  • 1/2 kg daging lembut (seeloknya batang pinang)
  • 1 labu bawang besar dimayang kecil
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 bunga cengkih
  • 1/4 cawan Minyak masak
  • Garam

Untuk Bawang Goreng –

  • 20 ulas bawang merah kecil dihiris halus
  • 3 sudu besar minyak sapi (ghee)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Garam
  • 1 sudu kecil Gula

Cara Membuat:

1. Telur digoreng macam buat scramble egg dan campur sesudu kecil kicap pekat manis dan sedikit garam.

2. Daging potong kecil. Rebus daging dengan air, kulit kayu manis, dan bunga cengkih. Bila air kering, masukkan bawang besar dan minyak masak. Tambah gula dan garam. Goreng sekejap sahaja.

3. Campurkan minyak sapi dan minyak masak untuk goreng bawang merah. Asingkan lebihan minyak bila siap goreng bawang.

Resepi Dapur Istana, Nasi Telur Terengganu

4. Untuk masak nasi, 5 pot beras dimasak guna 10 pot air. Masukkan secubit garam. Bila air nasi dah kering titiskan pewarna kuning. Kemudian biarkan nasi masak.

5. Dalam periuk besar, lapiskan nasi yang masih panas dengan daging, bawang goreng. Kemudian lapisan nasi, scramble egg, bawang goreng. Ulang sampai habis.

6. Panaskan balik nasi yang dengan api kecil. Siram atas nasi minyak goreng bawang tadi. Panaskan nasi dalam 1/2 jam.

Nasi Telur sesuai untuk jamuan Hari Raya dan keramaian keluarga. Boleh dimakan dengan ayam masak merah, acar timun, kurma ayam atau apa-apa lauk kenduri. Hari ni pekena Nasi Telur dengan Kurma Telur. Rasanya dengan ayam masak merah lagi sesuai kot.

Resepi Dapur Istana, Nasi Telur Terengganu

Resepi Oleh: Mohd Niza