Snek, snek

Resepi Corn Sosej Cheese

resepi-corn-sosej-cheese

Resepi Corn Sosej Cheese

Bahan-Bahan:

  • 8 batang sosej
  • 8 ketul cheddar cheese – dipotong dadu besar
  • 1 cawan tepung gandum **
  • 1 sudu kecil baking powder **
  • 1/2 sudu kecil garam halus **
  • 1 biji telur **
  • 3/4 cawan susu cair/fresh milk – sejuk dari peti ais **
  • 500gm serbuk roti warna putih

Mesti ada lidi satay
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Selang selikan sosej dengan cheddar cheese. Simpan dalam peti ais 20-30 minit.

2. Dalam bekas satukan bahan bertanda (**), bancuh adunan tepung hingga licin. Untuk memudahkan celupan corn sosej tuang adunan ke dalam gelas yang tinggi atau apa-apa yang sesuai.

3. Panaskan minyak yang banyak agar semasa menggoreng elok tenggelam.

4. Ambil satu cucuk corn sosej celup ke dalam bancuhan tepung, terus golekkan atas serbuk roti sambil kepal-kepalkan serbuk roti supaya elok melekat tebal.

5. Goreng hingga masak kekuningan dan sedia dihidang.

Resepi Corn Sosej Cheese

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish