Ayam

Resepi Chicken Tandoori Tikka

resepi-chicken-tandoori-tikka

Resepi Chicken Tandoori Tikka

Biasa dekat Malaysia kita beli saja kan? Haa cuba buat sendiri. Salah satu resepi kegemaran rakyat India terutamanya orang Punjabi. Sedap. Pedas. Makan dengan roti capati, rumali roti atau naan cheese memang padu.

Bahan-Bahannya:

  • Bawang putih – 8 biji
  • Halia – 3 inci
  • Daun ketumbar seikat
  • Cili padi – 3-4 biji (jika suka pedas lebih)
  • Serbuk cili – 1 sudu besar
  • Serbuk kunyit – 1 sudu besar
  • Serbuk garam masala – 1 sudu kecil
  • Garam dan serbuk perasa (jika suka. Sis tak letak pun. Tengah diet)
  • Perahan setengah biji lemon
  • Kasoori methi – 1 sudu (tak ada tak mengapa)
  • Yogurt – 3 sudu besar (penting)

Cara Masak:

1. Bawang putih, halia, cili padi dan daun ketumbar blend jadikan pes. Pes jangan cair. Jangan letak air. Hang ingat nak buat jus ka letak air sampai cair?.

2. Masukkan dalam bekas. Masukkan ayam. Masukkan pula serbuk cili, kunyit dan garam masala, kasoori methi (tak ada pun tak mengapa), perahan limau dan yogurt. Jangan lupa perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

3. Ratakan segala rempah keatas ayam. Golek gaul haa suka hati korang lah. Perap dalam satu hari atau pun tak sabar sangat dah, 1 jam pun okay.

4. Boleh dibakar di dalam oven. Atau pun grill dalam tandoor. Nama pun chicken tandoori kan?. Lebih baik guna chicken leg. Lebih sedap. Lebih juicy.

Nota:

  • Oh iya. Kasoori methi tu daun kepada halba. Dekat India ni ada, so sis beli lah.
  • Lagi satu, dekat kedai tu depa lumur pewarna merah untuk bagi naik color dan cantik. Sis hanya gunakan serbuk cili merah saja. Selamat mencuba.
Resepi Chicken Tandoori Tikka

Resepi Oleh: Syu Azis