Manisan

Resepi Bubur Pulut Hitam Buah Longan

resepi-bubur-pulut-hitam-buah-longan

Resepi Bubur Pulut Hitam Buah Longan

Bahan-Bahanya:

  • 300g pulut hitam – basuh bersih dan rendam 30 minit
  • 6 – 8 cawan air – untuk merebus pulut
  • 3/4 cawan gula putih
  • 3 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 100g buah longan kering – basuh bersih dan tapis
  • Gula putih secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Kuah Santan –

  • 400ml santan
  • 1/2 sudu kecil garam

Caranya:

1. Rebus pulut hitam dengan 6 cawan air (tak cukup tambah lagi) dan daun pandan sehingga lembut guna api sederhana sahaja.

2. Kacau selalu takut melekat. Pulut hitam akan lembut, jangan sampai kembang sangat. Tak cukup air tambah lagi.

3. Masukkan buah longan kering masak lagi selama 10 minit, masukkan garam secukup rasa. Kacau mesra tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk biarkan selama 30 minit. Sambil tu boleh masak kuah santan.

Cara Masak Kuah Santan: Masukkan santan dan garam ke dalam periuk kecil, masak di atas api kecil. Sentiasa kacau sampai berkuap, tutup api. Siap!

Resepi Bubur Pulut Hitam Buah Longan

Resepi Oleh: Lina Thomas