Kuih Muih

Resepi Kuih bakar Pandan Sedap

rasepi-kuih-bakar-pandan-sedap

Resepi Kuih Bakar Pandan Sedap

Resepi kuih bakar pandan yang sedap ni tak pernah mengecewakan. Setiap kali buat mesti menjadi, lemak-lemak manis cukup rasa.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dengan 2 cawan air)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula (kalau suka manis tambah suku cawan lagi sebab rasepi ni manis sedang-sedang je)
  • 4 biji telur
  • Secubit Garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • Bijan (kalau tak letak takpe)

Cara Buat:

1. Mix semua bahan-bahan kat atas, pakai belender je. Lepas tu tapis dalam acuan, bijan tu tabur je atas kuih tu.

Tips: acuan tu sapu minyak dulu ye kalau pakai acuan kemboja tu panas dulu atas dapur sapu minyak. Bila dah panaskan atas dapur baru letak adunan, nanti tak melekat selepas masak.

2. Panaskan oven dulu dalam 10-15 minit, ovan suhu 180°c, bakar 1 jam 15 minit api atas bawah. Atau terpulang suhu dan masa ovan masing-masing ye, letak kat rak tengah-tengah.

3. Bila dah masak nak bagi garing kat atas tu tambah masa dalam 5-10 minit, letak kuih kat rak paling atas, api atas sahaja suhu 200°c dapat lah permukaan garing tu.

4. Bila dah masak biarkan dulu kuih dalam ovan, buka sedikit pintu ovan. Lepas tu keluarkan, biar betul-betul sejuk ye baru potong sebab masa panas kuih tu lembek lagi.

Resepi Kuih Bakar Pandan Sedap

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman